Cari Blog Ini

Sabtu, 23 Mac 2013

Menjadi Pengetua yang Berkesan

Pengenalan
 
Pengetua adalah penentu keseluruhan suasana atau semangat sebuah sekolah. Pengetua perlu berusaha menjadikan suasana sekolah sebagai tempat yang ingin didatangani oleh semua orang. Di samping itu, pengetua perlu berusaha menjadikan sekolahnya sebagai pusat pembelajaran yang lebih baik dan lebih 'kaya' daripada aspek sumber pembelajaran kepada pelajar, kakitangan, guru, ibu-bapa, masyarakat keliling, dan pengetua sendiri.
 
Sergiovani (1995) melaporkan kajian perbandingan yang dijalankan oleh Gilbert Austin kepada sekolah berpencapaian tinggi dengan sekolah berpencapaian rendah di Maryland mendapati satu perbezaan paling ketara antara dua kumpulan sekolah itu adalah kekuatan yang ada pengetua. Di sekolah berpencapaian tinggi, para pengetuanya mempamerkan kepimpinan yang unggul (strong leadership), kerap kali mengambil bahagian secara langsung dalam hal berkaitan pengajaran, mempunyai jangkaan yang tinggi kepada kejayaan, dan lebih berorientasikan pencapaian akademik. 
 
Kajian-kajian lain juga mendapati kualiti persekolahan sangat dipengaruhi oleh kepimpinan terus daripada pengetua. Tidak dinafikan peranan pemimpin-pemimpin lain di sekolah turut mempengaruhi kepimpinan. Kepemimpinan pengetua memainkan peranan utama dalam mengembleng tenaga daripada pemimpin-pemimpin lain. Pengetua perlu memainkan peranannya membantu guru, pelajar, dan kakitangan berfungsi dengan baik serta membina daya kepemimpinan di kalangan orang yang dipimpinnya kerana pengetua adalah pemimpin kepada pemimpin yang lain.
 
 
 
Menurut Dr. Fatanah Bt Mohamed (Pensyarah IKP. UM) pengetua berkesan adalah pengetua yang memiliki ciri-ciri berikut :

  • Memiliki kualiti berinisiatif dan visi yang jelas
  • Fokus pada pelajar
  • Amanah Allah / Tuhan
  • Muhasabah diri
  • Memiliki maruah diri
  • Fokus pada kurikulum
  • Kemahiran menangani pelbagai masalah
Kesimpulan

Menjadi pengetua berkesan tidak semudah memetik jari. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan sebuah sekolah. Sekolah terdiri daripada pelbagai jenis individu bermula daripada barisan pimpinan, guru-guru, staf sokongan, dan para pelajar. Keberkesanan pengajaran dipengaruhi oleh guru, dan pelbagai faktor termasuk masyarakat, ibu-bapa, media massa, politik, sosial, ekonomi, dan pelbagai lagi. Tidak dapat dinafikan perbezaan prestasi antara sebuah sekolah dengan yang lain sebahagian besarnya bergantung kepada siapa pengetua sekolah berkenaan dan sejauh mana pengetua itu dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan.  
 

1 ulasan:

  1. Cuba kaitkan dengan 5 prinsip Islam... Muddaris, Mualim,Muaddib, Mursyid dan Murabbi. Huraikan bagaimana prinsip ini boleh menjadikan sesorang itu menjadi pemimpin sekolah yang berkesan...

    BalasPadam