Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 29 Mac 2013

Rol Pengetua Dalam Penambahbaikan Sekolah



Artikel kali ini akan mengupas berkaitan rol atau peranan pengetua dalam penambahbaikan sekolah.
 
Sebelum ini telah dibincangkan secara panjang lebar berkaitan gerakan penambaikan sekolah. Dari perbicangan tersebut fahamlah kita bahawa kedudukan sebenar kita berada. Justeru penulis mengajak semua pembaca meneliti beberapa tip yang bakal diguna pakai oleh pengetua dalam melaksanakan peranannya sebagai penambahbaik kepada institusi di bawah tanggungjawabnya.
 
Jenis Rol
 
  • Menjana perubahan
  • Menyokong
  • Pasif / Tidak aktif dan membiarkan perubahan itu dilaksanakan oleh guru-guru

Antara Rol Yang dikenalpasti

  1. Pemimpin
  2. Pengurus
  3. Delegator
  4. Suppoter
  5. Penghubung antara sekolah / agensi luar
  6. Pengusaha sumber
  7. Dll
Sergiovanni (1990)

Peringkat Pelaksanaan Cara Kepemimpinan

Hendak mula                                                     - Perbincangan
Bermula                                                             - beri sokongan / bantuan
Perlaksanaan / sedang berjalan (transformasi)  - beri galakan
Rutin                                                                  - kawalan dari jauh

Jwaideh (1984)

Kepemimpinan pengetua bagi memperbaiki dan penambahbaikan

  • Tetapkan matlamat
  • Kumpul data .... dan berbincang
  • Baiki komunikasi
  • Mengurus motivasi
  • Memupuk dan mengembangkan kreativiti guru
  • Baiki motivasi
  • Memupuk dan mengembangkan kreativiti guru
  • Mengadakan program pembangunan staf
  • Libatkan dalam buat keputusan
  • Tingkatkan lagi kerjasama dan kejelikitan
  • Mewujudkan rangkaian dan rantaian sekolah - ibu-bapa
  • lakukan inovasi
Untuk melaksanakan inovasi, Juwaideh (1984) memerlukan kepemimpinan berikut :

  • Jika datang dari atas libatkan guru dalam perancangan dalam perlaksanaan
  • Sedia / bekalkan sumber
  • Maklum balas kepada warga sekolah mengenai kesan program penambahbaikan
  • Bantu dan bimbing guru
  • Libatkan mereka dalam penilaian program
Mengapa Perlukan Pemimpin Transformasi ?

  1. Pemimpin yang lebih cenderung untuk merubah budaya organisasi yang ada.
  2. Pemimpin yang cuba mempengaruhi para pengikut melalui inspirasi yang diberi kepada mereka.
  3. pemimpin yang lebih cenderung mengamalkan usaha gigih, kreativiti dan produktiviti dalam jangka panjang.
    • Karisma yang tinggi
    • Meransang intelek
    • Motivasi berinspirasi
    • Bertimbang rasa secara individu
Kepemimpinan Transformatif

Harris (2005) :

  • Pembangunan kapasiti sekolah untuk penambahbaikan
Tindakan Pemimpin Transformasi Dalam Penambahbaikan

  • Membangun budaya sekolah dan promoting culture behaviors yang menyumbang secara terus kepada penambahbaikan :
    • gelagat yang membangun norma, nilai, pegangan organisasi dan andaian-andaian yang berpusatkan.
    • pelajar dan yang menyokong perkembangan profesional berterusan.
    • pengukuhan nilai kecemerlangan
"Of central importance in this model of leadership is the cooperation and alignment of others to the leader's values and vision with those of the leader". [Harris, 2002:68].

2. Mengutamakan perubahan amalan dan bukan struktur [organisasi].

3. Develop expanded repertoire of leadership & shared leadership and collective commitment. (Kerjasama)

4. Menjana keadaan dan membina iklim supaya penambahbaikan dapat dilakukan, dikekalkan dan diteruskan. [kapasiti]

5. Membentuk komuniti dan membina organisasi pembelajaran. [Learning Organisation].

  • Mempastikan wujudnya persekitaran pembelajaran untuk staf dan murid.
  • Perkembangan staf bagi pengembangan kreativiti dan inovasi.
  • Membina collective self-efficacy yang menjana produktiviti tinggi
  • Membangun kapasiti melalui "working succesfully with people, developing and involving others".
  • mempunyai sifat-sifat empati, trust, kredibility, berani, jujur dan adil ...
- Membangun sekolah sebagai organisasi pembelajaran.

Kata Hargreaves & Hopkins (1991), kajian-kajian penambahbaikan sekolah lebih cenderong

Cheng





Khamis, 28 Mac 2013

11 Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Mari pakat bincang.

Perbincangan Penambahbaikan Sekolah

Anda telah dilantik sebagai pengetua di sebuah MRSM yang dianggap sebagai MRSM yang bermasalah. Anda diarahkan untuk menyediakan kertas cadangan kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA, tentang apakah perancangan anda dalam membangunkan MRSM ini menjadi MRSM berkesan melalui pembentukan visi dan misi Maktab Rendah Sains MARA yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat dan misi MRSM/MARA. Rancang dan huraikan dengan jelas bagaimana anda dapat membantu MRSM tersebut menjadi MRSM berkesan di peringkat daerah, negeri mahupun negara.

Sabtu, 23 Mac 2013

Menjadi Pengetua yang Berkesan

Pengenalan
 
Pengetua adalah penentu keseluruhan suasana atau semangat sebuah sekolah. Pengetua perlu berusaha menjadikan suasana sekolah sebagai tempat yang ingin didatangani oleh semua orang. Di samping itu, pengetua perlu berusaha menjadikan sekolahnya sebagai pusat pembelajaran yang lebih baik dan lebih 'kaya' daripada aspek sumber pembelajaran kepada pelajar, kakitangan, guru, ibu-bapa, masyarakat keliling, dan pengetua sendiri.
 
Sergiovani (1995) melaporkan kajian perbandingan yang dijalankan oleh Gilbert Austin kepada sekolah berpencapaian tinggi dengan sekolah berpencapaian rendah di Maryland mendapati satu perbezaan paling ketara antara dua kumpulan sekolah itu adalah kekuatan yang ada pengetua. Di sekolah berpencapaian tinggi, para pengetuanya mempamerkan kepimpinan yang unggul (strong leadership), kerap kali mengambil bahagian secara langsung dalam hal berkaitan pengajaran, mempunyai jangkaan yang tinggi kepada kejayaan, dan lebih berorientasikan pencapaian akademik. 
 
Kajian-kajian lain juga mendapati kualiti persekolahan sangat dipengaruhi oleh kepimpinan terus daripada pengetua. Tidak dinafikan peranan pemimpin-pemimpin lain di sekolah turut mempengaruhi kepimpinan. Kepemimpinan pengetua memainkan peranan utama dalam mengembleng tenaga daripada pemimpin-pemimpin lain. Pengetua perlu memainkan peranannya membantu guru, pelajar, dan kakitangan berfungsi dengan baik serta membina daya kepemimpinan di kalangan orang yang dipimpinnya kerana pengetua adalah pemimpin kepada pemimpin yang lain.
 
 
 
Menurut Dr. Fatanah Bt Mohamed (Pensyarah IKP. UM) pengetua berkesan adalah pengetua yang memiliki ciri-ciri berikut :

  • Memiliki kualiti berinisiatif dan visi yang jelas
  • Fokus pada pelajar
  • Amanah Allah / Tuhan
  • Muhasabah diri
  • Memiliki maruah diri
  • Fokus pada kurikulum
  • Kemahiran menangani pelbagai masalah
Kesimpulan

Menjadi pengetua berkesan tidak semudah memetik jari. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan sebuah sekolah. Sekolah terdiri daripada pelbagai jenis individu bermula daripada barisan pimpinan, guru-guru, staf sokongan, dan para pelajar. Keberkesanan pengajaran dipengaruhi oleh guru, dan pelbagai faktor termasuk masyarakat, ibu-bapa, media massa, politik, sosial, ekonomi, dan pelbagai lagi. Tidak dapat dinafikan perbezaan prestasi antara sebuah sekolah dengan yang lain sebahagian besarnya bergantung kepada siapa pengetua sekolah berkenaan dan sejauh mana pengetua itu dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan.  
 

Sabtu, 9 Mac 2013

Kem Fardhu Ain MRSM PC


Bagaimana Pengetua Memimpin Guru-Guru Tanpa Menggunakan Kuasa Dan Kedudukan ?



Bagi menjawab persoalan ini penulis cuba mengaitkan hubungan di antara seorang bapa dan keluarga yang dipimpinnya. Tidak dinafikan bahawa ketertiban anak dalam mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh seorang bapa adalah bergantung sejauh mana kepercayaan dan hormat anak-anak kepada ibu-bapa mereka. Sudah tentu bapa dan ibu yang dipatuhi memiliki ciri-ciri istimewa berbanding ibu-bapa yang kerap dicemuh, ditengking, diderhakai oleh anak-anak. Begitu juga keadaannya pengetua dan guru-guru di bawah jagaannya. Secara jujur saya nyatakan jika ditanya siapakah pengetua yang saya sukai ? saya akan menjawab pengetua yang saya sayangi dan saya patuhi adalah mereka yang memiliki ciri-ciri berikut ;
1.      Pengetua yang beriman
2.      Pengetua yang mempunyai wawasan hidup dan kerja yang jelas
3.      Banyak membimbing berbanding mengarah
4.      Boleh bertoleransi
5.      Membantu dalam setiap perkara (organisasi mahupun keluarga)
6.      Seorang yang istiqamah
7.      Pemaaf
8.      Penyabar
9.      Profesional dalam setiap urusan
Hemphil et al. (1962) menggambarkan pengetua yang berkesan sebagai seorang yang bekerja keras dan sentiasa berhubung dengan guru. Dengan kata lain pengetua mampu untuk tidak menggunakan kuasa dalam memastikan setiap guru menjalankan tugas mereka secara tertib dan berkesan. Sehubungan itu kepemimpinan pengajaran pengetua (instructional leadership) dilihat sebagai salah satu bentuk kepemimpinan yang ideal dalam  memastikan perkara ini berlaku.
Dalam hal ini Gross dan Herriott (1965) melaporkan bahawa pengetua yang berkesan ialah pengetua yang memberi lebih galakan dan sokongan kepada staf, daripada memberi arahan, serta mengutamakan kepemimpinan yang berkesan.
Kepemimpinan yang dimaksudkan penulis adalah proses “membimbing lebih daripada mengarah”. Dengan kata lain kepemimpinan yang dituntut bukan sekadar hanya untuk memastikan mereka bekerja dan memenuhi objektif organisasi bahkan lebih daripada itu juga memenuhi objektif agama serta membuka dimensi baru iaitu perkaitannya dengan agama Allah. Dalam hal ini pengetua bukan sahaja memimpin orang bawahannya untuk mencapai matlamat organisasi, tetapi ke arah kewujudan mereka sebagai insan dan khalifah Allah. Dalam hal ini pengetua harus berani menekankan konsep kepimpinan berasaskan pembinaan ihsan. Ia bermaksud pengetua membimbing ahli-ahlinya melakukan suatu pekerjaan berasaskan kebajikan dan keikhlasan kepada Allah semata-mata.
Imam Nawawi memberi maksud ihsan ialah kewaspadaan dalam melakukan perkara kerana Allah. Allah melihat perbuatan setiap hambanya (al-Nawawi, 1966; Mustafa Abdul Rahman, 1988).
Nor’Azzah Kamri (2006:92) memecahkan ihsan kepada tiga definisi yang saling berkaitan, iaitu :
·         Ihsan bermaksud perbuatan yang betul, tingkah laku yang baik, ada nilai kebajikan dan ikhlas
·         Ihsan ialah melakukan perkara bagi mendekatkan diri kepada tuhan dan timbul perasaan takut melakukan perkara yang menyimpang dari ajaran Islam kerana berasa diri diperhatikan oleh tuhan.
·         Ihsan ialah melakukan perkara dengan cara yang terbaik dengan berusaha gigih bagi mencapai kecemerlangan.
Program-program nasihat menasihati untuk tujuan memperingatkan tanggungjawab di sekolah perlu disemai setiap masa dengan cara memperkasakan program kegamaan dan kerohanian seperti majlis ilmu, solat berjemaah, tazkirah, perkongsian pintar al-Quran, solat dhuha, serta mewujudkan “Iklim Dini” di sekolah dilihat dapat mengukuhkan lagi budaya kerja cemerlang. Penulis berkeyakinan dengan cenderongnya pengetua ke arah keagamaan banyak mendatangkan hasil yang baik kepada komuniti sekolah. Ia disokong dengan pencapaian akademik SPM tahun 2010, di mana MRSM Pengkalan Chepa menjadi sekolah terbaik SPM se-Malaysia. Hal ini dibuktikan dengan komitmen pengetua ketika itu Hj. Mahzan (Pengarah BPM) dalam merealisasikan kecemerlangan secara bersepadu iaitu kerohanian dan keagamaan menjadi tonggak utama kecemerlangan pelajar.
Sehubungan dengan itu pengetua sebagai qudwah (kepimpinan melalui teladan), menganggap kerja sebagai ibadah mesti menjadi teras kepada kepemimpinan. Melalui pendekatan ini pengetua dilihat sebagai pakar rujuk yang sentiasa diikuti dan dihormati. Di antara tugas pengetua yang dilihat signifikan secara tidak langsung dalam memastikan perjalanan sesebuah berjalan dengan lancar dan diikuti oleh semua warga sekolah adalah menetapkan perkara-perkara berikut :
1.      Menetapkan falsafah sekolah
2.      Membentuk wawasan sekolah
3.      Menetapkan matlamat sekolah dan objektif program
4.      Merangka dan membentuk dan prosedur sekolah
5.      Member sokongan terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
6.      Mengawal mutu pengajaran
7.      Perkembangan staf dan
8.      Memberi kerjasama kepada pihak luar
Selain itu juga kecekapan pengetua iaitu penguasaan ilmu pengetahuan, sikap positif dan kemahiran perlu dimiliki secukupnya oleh pengetua. Seperti dikemukakan oleh Abbot (1974), seseorang individu itu tidak dapat melaksanakan sesuatu tugasan dengan berkesan sekiranya dia tidak mempunyai pengetahuan dan konsep menyeluruh berhubung dengan dengan tugasan tersebut. Kecekapan pengetua yang diikuti dapat dilihat melalui kemampuannya ;
·         Menetapkan wawasan sekolah

“Vision permits a leader to see beyond his or her immediate situation, to comprehend why things must be done in a certain way. Vision enables a leader to make decisions about how best to spend time, not just rancomly to be proactive rather than reactive”. (Duke : 1987)

·         Kurikulum dan pengajaran

Kepemimpinan pengajaran merupakan peranan utama pengetua. (Green (1988) menegaskan bahawa, sebagai pemimpin pengajaran, pengetua sekolah harus sentiasa sedar tentang tanggungjawab dan tugas yang dapat membantunya mencapai matlamat sekolah. Antaranya ialah :

a)      Menjalankan tindakan yang sesuai bagi membantu guru meningkatkan pengajaran mereka ;
b)      Memperbaiki proses komunikasi dan membuat keputusan ; dan
c)      Membantu sebarang usaha bagi mencapai matlamat (bersama) sekolah.

·         Kemahiran pengurusan
Untuk memajukan prestasi sekolah Snyder (1983) menyarankan bahawa seseorang pengetua perlu berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pengurusan. Antara pengetua mesti mahir dalam ;
a)      Perancangan
b)      Kemahiran membuat keputusan
c)      Kemahiran menyelesaikan masalah
d)      Memotivasi stafmendiagnosis fungsi kumpulan
e)      Mengumpul maklumat dalam dan luar sekolah
f)       Mengelola dan mengkoordinasi

·         Hubungan manusia dan komunikasi (Hablum Minan Nas)

Memiliki kecekapan dan kemahiran berikut ;

                                i.            Komunikasi Interpersonal
                              ii.            Inovator dan instructional modeler

·         Sikap
Mempercayai setiap manusia boleh belajar dan diajar.
Pengetua yang dihormati dan disegani antara lain ialah mereka yang mengamalkan kepimpinan seperti berikut :
1.       Pemimpin khadam
Menganggap jawatan sebagai pengetua sebagai peluang untuk berkhidmat. Dalam hal ini kata-kata khalifah kedua, Umar ibnu Alkhattab dapat dijadikan panduan.
“Aku telah dilantik mengetahu kamu, sebagai pemerintah dan agen kerajaan, bukan untuk memukul kamu atau mengutip wang kamu, tetapi mengajar kamu dan berkhidmat kepadamu”
2.      Pemimpin sebagai pemandu

Peranan pengetua adalah membimbing pengikutnya ke arah memahami visi organisasi dan bagaimana mereka dapat mencapai objektif demi kejayaan dalam menunaikan tanggungjawab mereka dengan cara terbaik. Sebagai pengetua seharusnya sentiasa memikirkan bagaimana dapat memimpin dan memandu mereka ke arah menjadi guru yang profesional atau membangunkan mereka sebagai pemimpin.

3.      Pemimpin berpengaruh

Pengetua yang berpengaruh di kalangan pengikut adalah pemimpin yang dihormati. Justeru itu pemimpin yang membawa perubahan ke arah yang betul dan lebih baik adalah pengetua yang berkesan. Kepimpinan ini juga dikenali sebagai kepimpinan transformasi.

4.      Pemimpin yang mendidik
Pengetua yang berkesan adalah seorang pemimpin yang mementingkan peningkatan potensi dirinya dan ahli-ahli di bawah organisasinya yang dipimpinnya. Ini termasuklah mempertingkatkan spiritual, akademik, intelek, psikologi, sosial dan profesional.
Nabi Muhammad mengajar sahabatnya dengan pelbagai cara, terutamanya apabila seorang diberi kedudukan melibatkan kepemimpinan. Dilaporkan apabila Nabi Muhammad melantik Ali bin Abi Talib sebagai hakim di Yaman, beliau amat bimbang kerana beliau tiada pengalaman dalam bidang itu, berkaitan insiden ini, Ali berkata, wahai Rasulullah, saya hanya orang muda, bagaimanakah kamu menghantar saya kepada orang-orang jauh lebih tua daripada saya ? Rasulullah mendoakan saya dan berkata, sekiranya dua orang yang bermusuhan datang kepada kamu (bagi mendapat) penghakiman yang adil), dan kamu mendengar aduan seorang daripadanya, jangan membuat keputusan atau menghakim sehingga kamu mendengar daripada yang satu lagi, kerana ini yang boleh membuatkan kamu membuat keputusan (al-Baihaqi n.d., Vol.10, kitab A’dab al-Qadi, h. 86).
Jelas sekali Nabi mengajar sayidina Ali undang-undang pertama dan terpenting dalam amalan penghakiman. Sayugianya para pengetua dan pemimpin sekolah mencontohi contoh-contoh itu, dan melatih ahli-ahlinya menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Melalui cara yang dibincangkan di atas penulis yakin pengetua di sekolah mampu untuk memimpin guru-guru di sekolah tanpa menggunakan kuasa dan pengaruh. Bahkan dengan cara yang ditunjukkan ahli-ahlinya lebih yakin dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan mereka lebih profesional dalam bidang masing-masing. Inilah yang dibincangkan oleh literature Barat, dikenali sebagai kepemimpinan transformasional, yang mula-mula diperkenalkan oleh Burns (1978), diperkukuhkan oleh Bass (1985), Bass dan Avalio (1994) dan diaplikasikan kepada kepimpinan sekolah oleh Leithwood (1994)  
Selain itu juga gaya kepemimpinan pengetua memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan sekolah, antaranya pengetua disyorkan mengamalkan gaya kepemimpinan yang disyorkan Islam iaitu :
·         Kerakanan (brotherhood)
·         Kolaboratif
·         Musyawarah atau rundingan (consultative)
·         Suportif
Sehubungan dengan itu juga di samping pemimpin sekolah mengamalkan corak dan kepimpinan yang baik penulis juga berpendapat guru-guru perlu melaksanakan tugas mereka dengan baik dan profesional dengan melaksanakan peranan guru sebagai ;
Ø  Mudarris
Ø  Muaddib
Ø  Murabbi
Ø  Mursyid
Ø  Mua’llim
Berdasarkan kerangka konsep 5 mim yang digariskan oleh Ab. Halim et. Al.(2006), 5 mim yang dimaksudkan adalah merujuk kepada peranan pengetua dan guru sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Lima peranan tersebut dihuraikan seperti mana berikut :
Mudarris
Ia dinilai daripada lima aspek utama, iaitu ciri-ciri peribadi yang dimiliki, kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan, kejayaan mewujudkan iklim dan personaliti bilik darjah yang baik, mempunyai kepakaran serta mempunyai kecekapan dan kemampuan membuat keputusan profesional.
Mu’addib
Merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak mulia, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri para pelajar. Proses ta’dib ini bersumberkan wahyu Allah SWT. Manakala nilai ta’dib yang cuba diterapkan dalam diri para pelajar adalah bersifat mutlak, muktamad, kekal abadi dan suci, serta diasaskan kepada keimanan yang kukuh kepada Allah SWT.
Murabbi
Ia merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk menjaga, membesarkan, mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang dilalui oleh pelajar. Guru berperanan merealisasikan pembentukan dan pembangunan para pelajar dari aspek (rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial) agar dapat melahirkan insan soleh yang berakhlak mulia menurut kaca mata Islam.
Mursyid
Ia dirujuk kepada aspek kepimpinan guru dalam bilik darjah untuk menjaga, menasihati, mengarah membimbing dan memberi petunjuk kepada para pelajar ke arah pembentukan dan pembangunan diri sebagai insan soleh. Konsep irsyad dalam tulisan ini memfokuskan konsep kepemimpinan Rasulullah SAW dalam proses mendidik dan membimbing para sahabat.
Mu’allim
Konsep ini merujuk kepada peranan guru untuk memberitahu, mengajar, memindah dan menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para pelajar sama ada melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang dirancang. Proses ta’lim juga merangkumi adab berilmu yang akan mencorak dan mewarnai pembentukan dan pembangunan diri para pelajar sebagai insan soleh.
Sekian sahaja sedikit pandangan daripada penulis berkaitan isu di atas.

Keberkesanan Dan Penambahbaikan Sekolah

Artikel berikut akan mengupas serba sedikit berkaitan keberkesanan dan penambahbaikan sekolah.

Definisi sekolah berkesan

Secara literal, Kamus Dewan mentakrifkan terminologi sekolah sebagai tempat untuk belajar dan mengajar. Manakala perkataan kesan ditakrifkan sebagai tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu. Lippitz dalam Mukhtar et al. telah mentakrifkan sekolah berkesan sebagai "sekolah yang selamat dan teratur di mana kanak-kanak miskin dan kelas pertengahan mendapat pencapaian akademik yang baik" (Hare, 1988: 413)

Manakala Felsenthal (1982) pula mentakrifkan sekolah berkesan di mana majoriti pelajar mendapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan awam pada peringkat kebangasaan. Menurut Levine dan Lezotte (1990), ukuran sekolah berkesan yang telah digunakan oleh kebanyakan penyelidik ialah pencapaian dalam mata pelajaran tertentu seperti matematik, sains atau bahasa, kehadiran pelajar ke sekolah dan kepuasan pelajar. Al Ramaiah (1995) pula menyatakan konsep sekolah berkesan sepatutnya dalam konteks memberi kesan positif terhadap pembelajaran pelajar bukannya berfokus kepada hasil pencapaian akademik pelajaran semata-mata walaupun pencapaian kelulusan sekolah adalah seratus peratus. Manakala Rahimah (1998) pula menegaskan konsep sekolah berkesan seharusnya mempunyai cirri-ciri sekolah yang baik serta membawa hasil pembelajaran, sekolah yang berupaya membina watak dan membuktikan ianya boleh membawa perubahan kepada pelajar.


Pengertian sekolah berkesan berbeza-beza  kerana berbagai-bagai pihak mempunyai persepsi yang berbeza terhadap apa yang mereka kehendaki daripada sekolah. Oleh kerana itu Stoll dan Fink (1996) dalam Abdul Malek  menegaskan bahawa untuk memberi definasi kepada keberkesanan, kita perlu memilih antara nilai yang berbeza-beza.  Kajian-kajian sekolah berkesan secara khusus mendefinisikan keberkesanan sekolah melalui  pembolehubah yang dianggap penting dan digunakan  untuk mengukur keberkesanan sekolah. Secara umum terdapat dua kriteria yang digunakan oleh para pengkaji untuk mengukur keberkesanan iaitu, ‘outcome’ atau ‘output’dan proses. Levine dan Lezotte (1990) melihat sekolah berkesan dari segi hasil yang dikehendaki  (outcome). Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari kesaksamaan (equity). Mengikut beliau keberkesanan sekolah diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung sehinggakan kadar bilangan anak-anak kurang beruntung yang menguasai akademik yang sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya.
 
          Mortimor (1991) telah merumuskan bahawa sekolah berkesan ialah sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil kira latar belakang mereka. Schreens (1992) menjelaskan konsep keberkesanan mengikut perspektif tertentu. Dari segi ekonomi sekolah dianggap berkesan jika ‘outcome; atau hasil yang diingini dapat dicapai dengan kos yang rendah sementara perspektif hubungan kemanusiaan dalam organisasi, organisasi yang berkesan ialah organisasi yang dapat mewujudkan perasaan kepuasan dalam kalangan pekerjanya dan melibatkan mereka dalam organisasi. Hasil tinjauan rambang Sharifah (2000) mendapati sekolah-sekolah di Malaysia mengaitkan sekolah berkesan dengan kecemerlangan akademik yang telah dicapai.
 
Kajian Berkaitan Keberkesanan Sekolah
 
Kajian-kajian sekolah efektif atau sekolah berkesan secara khusus mendefinisikan keberkesanan sekolah melalui pemboleh ubah yang dianggap penting dan digunakan untuk mengukur keberkesanan sekolah. Secara keseluruhan, tidak ada konsensus di kalangan pengkaji tentang definisi keberkesanan. Secara umum terdapat dua criteria yang digunakan, iaitu ‘outcome’ atau ‘output’ dan proses. Di Amerika Syarikat kebanyakan pengkaji mengukur keberkesanan sekolah berasaskan ‘output’, iaitu pencapaian dalam ujian piawaian bagi mata pelajaran matematik dan bacaan. Di United Kingdom, pemboleh ubah proses seperti kedatangan, kelakuan pelajar dan peningkatan skor pencapaian digunakan sebagai pengukur keberkesanan. Selain mengukur keberkesanan dari segi kualiti ada juga pengkaji yang menggunakan kriteria kesaksamaan (equity).

Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi kesaksamaan (equity). Mengikut beliau, keberkesanan sekolah diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung sehinggakan kadar bilangan kanak-kanak kurang beruntung yang menguasai akademik sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya. Juga, sekolah tidak layak diiktiraf sebagai berkesan jika tidak memberi kesaksamaan peluang pendidikan. Mengikut kriteria ini, pada pendapat beliau, bilangan sekolah di Amerika Syarikat yang boleh dianggap berkesan amat sedikit.


Rowan (1983) pula menyarankan empat cara mengenalpasti sekolah yang berkesan: (1) menentukan kriteria yang khusus  seperti peratus pelajar yang mencapai lebih daripada median kebangsaan, (2) analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah meningkat dari semasa ke semasa, (3) skor yang meningkat bagi sesuatu kohort, dan (4) pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.


Selain melihat hasil sebagai pengukur keberkesanan, pengkaji telah meluaskan definisi keberkesanan dengan mengkaji peningkatan yang menjadi nilai tambahan yang dialami oleh murid disebabkan keberkesanan sekolah. Maka keberkesanan sekolah bukan hanya diukur dari segi hasil tetapi juga dari segi proses peningkatan yang dialami. Mortimore (1991) merumuskan bahawa sekolah yang berkesan ialah sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil kira latar belakang mereka. Mengikut Stoll dan Fink (1996) jika ditambah perkataan ‘semua pelajar’ dalam rumusan Mortimore itu, maka konsep nilai tambahan dan kesaksamaan dapat disatukan dalam mendefinisikan keberkesanan sekolah. Dari itu, jelaslah bahawa sekolah yang berkesan itu, berkesan bagi semua pelajar tidak kira latar belakang mereka. Berdasarkan definisi ini bolehkah kita katakan bahawa sekolah berasrama penuh yang sedia mengambil pelajar yang memang berkebolehan itu berkesan berdasarkan prestasi mereka dalam peperiksaan umum? Atau bolehkah kita anggap sekolah luar bandar yang telah menunjukkan peningkatan tahun demi tahun walaupun prestasinya tidak sebaik sekolah berasrama penuh, sebagai sekolah yang berkesan? Jelaslah jika sekolah berasrama penuh tidak menunjukkan nilai tambahan dan prestasi pelajarnya hanya apa yang diharapkan, maka sekolah itu belum boleh dianggap berkesan. Sebaliknya jika sekolah kampong itu boleh menunjukkan nilai tambahan berserta dengan usaha menyamaratakan peluang pendidikan dan pelajarnya mencapai lebih daripada apa yang diharapkan maka sekolah ini boleh dianggap sebagai berkesan.

Sergiovanni (1987) juga mendefinisi keberkesanan sekolah berasaskan peningkatan sekolah. Beliau menyenaraikan lapan criteria untuk mengukur keberkesanan: (1) peningkatan dalam skor ujian, (2) peningkatan dalam kehadiran, (3) pertambahan dalam bilangan tugasan penulisan dan kerja rumah, (4) pertambahan peruntukan masa untuk Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Sejarah, (5) penglibatan komuniti dan ibubapa, (6) penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, (7) ganjaran dan pengiktirafan bagi pelajar dan guru, dan ( 8) sokongan yang berkualiti untuk pelajar istimewa.


Aspek lain yang digunakan oleh pengkaji sebagai pengukur keberkesanan sekolah ialah kelakuan murid, kehadiran, sikap dan konsep kendiri (Mortimore et al., 1988; Teddlie dan Stringfield, 1993). Manakala Stoll dan Fink (1996) mendefinisikan keberkesanan sekolah seperti berikut: (1) sentiasa meningkat dari tahun ke tahun, (2) menggalakkan peningkatan untuk semua pelajar lebih daripada apa yang dijangkakan jika diambil kira latar belakang dan kebolehan asal mereka, (3) memastikan setiap pelajar mencapai setinggi yang mungkin potensinya, dan (4) menggalakkan (enhance) semua aspek perkembangan dan pencapaian pelajar.

Berdasarkan perbincangan tentang beberapa definisi keberkesanan sekolah, bolehlah dirumuskan tentang pengertian keberkesanan sekolah ini seperti berikut:
 

  • Keberkesanan sekolah boleh diukur berasaskan ‘output’ atau hasil persekolahan. Hasil ini berbentuk akademik (pencapaian akademik) dan bukan akademik; (kelakuan murid, konsep kendiri dan sikap murid, kepuasan kerja guru dan sebagainya).
  • Proses juga boleh menjadi criteria bagi mengukur keberkesanan: pentadbiran sekolah, kerjasama di kalangan warga sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah antara criteria yang dinyatakan.
  • Keadaan sekolah, keceriaan, kebersihan, keadaan disiplin juga merupakan criteria keberkesanan.
  • Kriteria keberkesanan sekolah berbeza mengikut Negara, budaya dan lokasi yang berlainan.
  • Keberkesanan bukan hanya dicerminkan dari aspek kualiti bahkan dari aspek ekuiti (kesaksamaan) juga.
  • Keberkesanan sekolah diukur dari segi progress atau peningkatan yang dialami, iaitu nilai tambahan yang diperoleh.
  • Sekolah yang berkesan ialah sekolah yang meningkat lebih daripada yang diharapkan jika diambil kira latar belakang pelajarnya.

Perpaduan melalui kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, amalan-amalan yang menggalakkan rasa hormat-menghormati dan kerjasama antara satu dengan lain.
  • Jika terdapat kanak-kanak istimewa di sekolah, kebajikan dan perkembangan mereka yang seimbang dan interaksi social mereka dengan pelajar lain di sekolah perlu diberi perhatian.
  • Sekolah memainkan peranan yang berkesan dlam melibatkan ibu bapa, bukan hanya melalui PIBG tetapi juga melalui usaha bersendirian dan berkelompok yang melibatkan guru, pelajar, ibu bapa,     

    Dalam konteks negara Malaysia, pengertian sekolah mestilah berlandaskan aspirasi yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara, dan dalam Wawasan 2020. Kita mahukan sekolah berwawasan, sekolah kecacatan sifar dan pendidikan bertaraf dunia. Maka sudah semestinya pengertian keberkesanan diperluas. Selain perkara yang telah diberi penekanan ada aspek lain yang perlu ditonjolkan.
    • Konsep kesaksamaan dipraktikkan sepenuhnya. Ini bermakna pelajar kurang beruntung diberi peluang meningkat dalam semua aspek perkembangan melalui program pengayaan mereka.
     
    • Negara kita mempunyai rakyat berbilang kaum. Sekolah yang berkesan secara sengaja memupuk komuniti dan pengetua. Sekolah yang berkesan terbuka kepada cadangan dan bantuan rakan kongsinya.
  • Sekolah tidak lagi mengamalkan amalan yang membeza-beza dan melabel pelajar.
  • Sekolah benar-benar mengamalkan konsep sekolah penyayang, iaitu guru mengambil berat tentang keperluan semua pelajar dan melibatkan mereka dalam hal-hal yang berkaitan kepentingan mereka sendiri.
  • Sekolah menjalankan program pembaikan sekolah mengikut keperluannya dan wawasan warganya, mengikut acuannya sendiri.
  • Sekolah yang guru-gurunya tidak berasa tertekan, malah seronok membantu menjayakannya.
  • Sekolah yang menggalakkan muridnya menjadi kreatif, berfikiran kritis, penyayang, mengikut ajaran agama  dan mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.
  • Sekolah yang menggalakkan budaya belajar bagi semua warganya, termasuk guru dan ibu bapa.

Model-Model Keberkesanan Sekolah
 
1. Model Matlamat

·         Berkesan bila dapat mencapai matlamat

·         Matlamat yang jelas

·         Terhad

o   Perlukan matlamat yang jelas

o   Perlu boleh diukur

o   Faktor masa

o   Matlamat yang tidak mendapat persetujuan ramai
2. Model Sumber –Input

·         Disebabkan wujud pelbagai pengharapan dari pelbagai pihak berkepentingan, sekolah terpaksa mewujudkan pelbagai matlamat walaupun tidak konsisten

·         Lebih banyak input sumber yang bernilai diperlukan untuk sekolah yang berkesan

·         Keberkesanan sekolah berkesan apabila boleh memperolehi sumber yang diperlukan

·         Input dan pemerolehan sumber kriteria asas bagi sekolah keberkesanan

·         Terhad – penekanan yang lebih kepada sumber, pengurangan pendekatan terhadap proses dan output
 

3. Model Proses

·         Sekolah adalah berkesan jika fungsi dalamannya lancar dan sihat

·         Keberkesanan bergantung kepada kelancaran fungsi dalaman

·         Contoh proses: kepimpinan, saluran komunikasi
·         Perhubungan yang jelas antara proses pembelajaran dan hasilnya

·         Terhad:
o   Faktor kesukaran dalam proses: - pemantauan, - pengumpulan data, - pemfokusan

o   Keberkesanan bergantung kepada perhubungan proses persekolahan dalam bidang yang spesifik, sejauh mana dia tahu tentang bidang tersebut
 

4. Model Kepuasan

·         Matlamat yang luas dan banyak, maka makin sukar untuk dicapai

·         Matlamat yang kurang dan mudah, maka lagi mudah untuk dicapai, jadi ia lebih mudah dianggap berkesan

·         Kepuasan pihak atasan dikira berkesan

·         Puas terhadap kualiti, merujuk kepada kepuasan pelanggan terhadap keperluan, permintaan dan apa yang diharapkan

·         Model ini mengatakan sekolah adalah berkesan jika semua pihak berkepentingan puas hati secara minima

·         Kepuasan pihak berkepentingan adalah petunjuk keberkesanan
·         Masalah: - sekiranya berlaku konflik antara pihak yang berkepentingan maka model ini tidak sesuai.
 

5. Model kesahihan/kesahan

·         Sekolah berkesan adalah sekolah yang dapat menunjukkan akauntabiliti, penuhi kehendak komuniti dan mendapat sokongan pihak berkepentingan

·         Sekolah perlu bersaing untuk mendapat perhatian ibubapa agar memilih sekolah berkenaan

·         Perhubungan awam, aktiviti pemasaran dan membangunkan sekolah berasaskan sistem akauntabiliti – untuk mendapat kepercayaan daripada ibubapa.

·         Ibubapa percaya ia sah dan sahih bahawa memang sekolah berkenaan beroperasi secara akauntabiliti dan memenuhi kehendak komuniti
 

6. Model ketidakberkesanan

·         Disebabkan oleh sukar untuk mengenalpasti aspek keberkesanan tetapi mudah untuk mengetahui kriteria yang menyebabkan ketidakberkesanan
·         Model ini boleh digunakan apabila ciri-ciri keberkesanan tidak dapat dilihat dengan jelas

·         Contoh faktor penyebab tidak berkesan seperti konflik, kesukaran, kelemahan dsb

·         Tidak sesuai – bagi sekolah yang cemerlang

7. Model pembelajaran terancang

·         Model ini hampir sama dengan model proses

·         Beza dengan model proses adalah penekanan terhadap perlakuan pembelajaran untuk mendatangkan kesan kepada pencapaian sekolah

·         Terhad – jika perhubungan antara proses pembelajaran terancang dengan hasil yang henda dicapai oleh sekolah tidak jelas

o   Cth: walaupun kurang proses pembelajaran, ada faktor penarik lain yang menyebabkan ia mendapat keputusan yang baik.  Sila rujuk kepada 5 dimensi yang dinyatakan oleh Peter Senge; 1) personal Mastery 2) Mental Models 3) shared vision 4) team learning 5_) system thinking

8. Model TQM (Total Quality Management)
·         Memfokuskan kepada pengurusan bukan kepada individu sebagai manusia

·         Konsep yang komprehensif dengan mengintegrasikan semua model

·         Keberkesanan bergantung kepada keupayaan pengurusan sekolah


DEFINISI PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

 

Menurut Barth (1990), beliau percaya penambahbaikan sekolah itu merupakan satu usaha untuk menentukan dan menyediakan perubahan, dibentuk bersama dan tanpa, di mana orang dewasa dan kanak-kanak yang  bersekolah akan menggalakkan dan mempertahankan keinginan belajar di kalangan mereka sendiri.

 

Van Velzen et al.(1985) menganggap penambahbaikan sekolah sebagai satu usaha yang  sistematik serta dibenarkan yang bertujuan untuk perubahan dalam syarat-syarat pembelajaran dan lain-lain yang berkaitan dengan keadaan dalam satu atau lebih sekolah, dengan matlamat akhir ialah untuk mencapai matlamat pendidikan dengan lebih berkesan.

 

Menurut Hopkins et al.(1994) pula, makna penambahbaikan sekolah hari ini adalah pada umumnya difahami sebagai satu usaha  berterusan  untuk menjadikan sekolah sebuah tempat yang lebih baik bagi proses pembelajaran untuk murid-murid. Beliau menerangkan pembaikan sekolah adalah satu pendekatan ke arah perubahan pendidikan yang bertujuan menambah pencapaian pelajar dan mengukuh keupayaan sekolah untuk pengurusan perubahan. Usaha ke arah penambahbaikan sekolah merupakan urusan setiap sekolah. Sekolah tidak boleh berdiam diri kerana dalam konteks sekolah ia sentiasa berubah. Penambahbaikan sekolah sepatutnya menjadi agenda utama di semua sekolah.

 

Penambahbaikan sekolah berpegang kepada prinsip ‘self-renewing school’ iaitu perubahan dan perkembangan dimiliki oleh sekolah daripada mendapat arahan dan tekanan dari luar (Hopkins et. al., 1996). Ia berdasarkan beberapa andaian termasuklah kepercayaan bahawa sekolah mempunyai kapasiti menambah baik diri sendiri, yang melibatkan perubahan budaya. Ia akan mudah dicapai melalui keadaan dalaman sesebuah sekolah itu yang mengambil kira pelbagai perspektif perkembangan dan perubahan.

 

Konsep penambahbaikan menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik bagaimana sesuatu perubahan itu dimulakan, dilaksanakan dan institusikan. Terdapat 5 dapatan tentang proses perubahan sekolah yang berkesan. Pertama, kajian penambahbaikan sekolah membuktikan wujudnya pembangunan guru yang penting di peringkat sekolah. Penambahbaikan guru saling berkait rapat dengan penambahbaikan sekolah. Kedua, kajian penambahbaikan sekolah menekankan kepentingan kepimpinan dalam mengiringi perubahan peringkat sekolah. Ketiga, kajian penambahbaikan sekolah telah menunjukkan tiada satu pun kajian tindakan penambahbaikan sekolah yang sesuai digunakan di semua jenis sekolah. Keempat, usaha ke arah penambahbaikan sekolah telah mengukuhkan keperluan perubahan ke atas usaha menghasilkan pencapaian pelajar secara khusus. Kelima, usaha ke arah penambahbaikan sekolah telah membuktikan kepentingan memahami dan menggunakan budaya sekolah (Hargreaves,1994).


Kajian telah menunjukkan bahawa budaya sekolah yang menggalakkan kejelekitan, kepercayaan dan kerja kolaboratif yang menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran adalah lebih cenderung ke arah usaha untuk bertindakbalas bagi menambahbaikkan sekolah.

 
Penambahbaikan sekolah ialah sesuatu perubahan yang dilakukan secara terancang dan dibuat langkah demi langkah.  Perubahan yang dilakukan itu merupakan sesuatu yang  berbeza daripada amalan yang telah kita jalankan, sesuatu perkara yang baru dan kreatif daripada pelbagai segi seperti dalam amalan pedagogi, pengurusan, kepemimpinan yang kita tidak amalkan dan kemudiannya kita amalkan.

 

Perkembangan pendidikan yang berlaku kini menjurus kepada memberi keutamaan dalam aspek penambahbaikan sekolah. Kerajaan telah memberikan peruntukan pendidikan dalam Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 untuk penambahbaikan sekolah.  Penambahbaikan sekolah ialah berkaitan dengan akauntabiliti dan kecekapan (efficiency).  Akauntabiliti pihak sekolah terhadap murid yang semakin lama semakin meningkat, tuntutan pihak stake holders, ahli politik, ibubapa atau pihak yang menuntut sekolah iaitu guru-guru seharusnya lebih mempunyai akauntabiliti terhadap pelajar-pelajarnya.  Di negara ini belum ada guru-guru dan pihak sekolah yang disabitkan kesalahan kerana murid-murid gagal dalam peperiksaan. Namun, persoalan akauntabiliti dan kecekapan ini menjadi satu tekanan, menjadi satu tekanan pihak luar kepada sekolah untuk melakukan penambahbaikan.

 
Pernyataan ‘Sekolah boleh membuat perubahan’ merupakan suatu kepercayaan terhadap pihak sekolah boleh berubah daripada keadaan sedia ada kepada yang keadaan yang lebih baik lagi. Dalam literatur sekolah berkesan, apa yang menjadi pernyataan yang sering diungkapkan ialah pernyataan ‘Pengetua boleh membuat perubahan’. Manakala dalam penambahbaikan sekolah, pernyataan ‘Sekolah boleh membuat perubahan’. Perubahan untuk penambahbaikan sekolah itu boleh dilakukan dengan cara memastikan aspek kuantiti kepada kualiti. Kini, penekanan terhadap kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan semakin difokuskan kerana pasaran kerja juga mementingkan kecemerlangan akademik di samping penekanan terhadap kokurikulum.

 
Penambahbaikan sekolah juga boleh berlaku disebabkan agenda politik.  Penambahbaikan ini adalah untuk melahirkan modal insan. Misalnya pihak kerajaan memperkenalkan PPSMI yang bertujuan untuk melahirkan e-pekerja yang berpengetahuan luas dalam sesuatu bidang.  Oleh yang demikian seluruh warga sekolah perlu membuat anjakan paradigma iaitu berubah daripada amalan yang tidak memberangsangkan pembelajaran murid kepada situasi yang memungkinkan pembelajaran murid dapat dibuat seoptima mungkin.

 
Rasional penambahbaikan sekolah adalah untuk memastikan keadaan status quo sekolah yang tidak memberangsangkan dapat diubah kepada keadaan yang positif iaitu yang dapat memberi kesan yang bermakna dalam pembelajaran pelajar.  Begitu juga sekolah yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam, masih ada ruang untuk penambahbaikan sekolah tertentu misalnya membuat penambahbaikan dalam program perkembangan staf, program-program untuk pelajar dan lain-lain lagi.  Oleh yang demikian, penambahbaikan akan membawa perubahan kepada aspek yang ditambahbaik secara beransur-ansur. Penambahbaikan tidak akan berlaku jika tidak ada perubahan. Misalnya, inovasi dalam pengajaran di bilik darjah iaitu menggunakan kaedah kumpulan dalam pengajaran. Dengan melakukan itu barulah kita tahu bahawa kumpulan itu samada ia lebih baik ataupun tidak baik dalam status quo pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

 
Di samping istilah penambahbaikan sekolah, terdapat juga istilah yang digunakan seperti ‘school restructuring’ atau ‘restructuring school’, ‘school rejuvenation’ – istilah geografi- balik muda, OD (organizational development) iaitu istilah yang digunapakai  dalam organisasi swasta sebelum digunakan  dalam bidang pendidikan. Istilah-istikah pembangunan organisasi, penilaian sekolah atau pembaharuan sekolah, school evaluation atau self renewal atau in-school reviews yang juga bermaksud penambahbaikan sekolah. Kemudian, istilah ‘self directed improvement’, pembangunan sekolah, penstrukturan, atau ‘reengineering’ sekolah adalah digunakan dalam penambahbaikan sekolah.

 
Secara umumnya terdapat dua model penambahbaikan sekolah. Model yang pertama ialah model ‘Intervention Approach’ yang menggunakan pendekatan intervensi yang juga disebut sebagai Model Tradisi,  seperti PPSMI yang diperkenalkan oleh kementerian pelajaran. Pelaksanaan Itu adalah intervention untuk meningkatkan lagi Bahasa Inggeris murid-murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Di Amerika, khidmat perunding digunakan untuk penambahbaikan sekolah yang biasanya terdiri dari professor dari universiti. Pendekatan intervensi untuk penambahbaikan sekolah ini menurut Robinson ialah ketidakupayaan guru untuk membincangkan isu-isu yang timbul daripada pendekatan tadi yang datang daripada luar.

 

Model yang keduanya ialah model ‘self-directed improvement process’ atau ‘school reviews.’ Melalui pendekatan model ini sekolah berusaha menilai balik sekolah itu. Jadi, proses self-directed ini melibatkan ‘self renewal’, ‘self assessment’, ‘reassessment’ iaitu menilai balik keseluruhan pencapaian sekolah itu. Misalnya, menggunakan konsep keberkesanan yang dirumuskan oleh Cheng.  Sebagai contoh untuk ‘self-review’ model ini ialah program yang dilakukan di New Zealand. Untuk melakukan ‘self review’ ini, andaian yang pertama model ini ialah staf hendaklah melibatkan diri secara sukarela dan bukannya terpaksa. Andaian kedua ialah pengetua memainkan peranan penting dalam melakukan penilaian semula sekolah.  Andaian ketiga ialah kaedah review sesuai dengan penilaian kendiri dan penambahbaikan diri sekolah. Melalui kaedah itu, penilaian yang dibuat hendaklah sesuai dengan penilaian kendiri dan bukan berdasarkan sekolah lain atau faktor  faktor luar dan sebagainya. Pendekatannya mestilah untuk penambahbaikan sekolah. Andaian yang keempat ialah mengkaji hasilan (review outcomes) iaitu melibatkan proses bagi menjalankan review seharusnya tidak boleh mengganggu sesuatu aspek keberkesanan yang ada. Keberkesanan yang ada itu harus dikekalkan dan perlu ditambahtambah baik.

 
Menurut Hargreaves & Hopkins (1994),  kajian mengenai penambahbaikan sekolah ini mencakupi matlamat jangka panjang iaitu untuk penyelesaian masalah atau mengupayakan sekolah ke arah penghasilan ‘thinking school’. Jadi, penambahbaikan sekolah ini ialah satu usaha ke arah mencapai matlamat penyelesaian masalah ataupun ‘thinking school’ dan bukannya ‘mindless school’.

 
Penambahbaikan sekolah ini juga mempunyai pelbagai konsep dan konsep itu bergantung kepada sesiapa yang menulisnya. Berdasarkan pernyataan Hargreaves  dan  Hopkins (1994) iaitu:

            school improvement is  about developing strategies for educational change

             that strengthen the school’s organization, as well as implementing curriculum                      reforms.”

 

Jelaslah di sini menunjukkan bahawa penambahbaikan sekolah adalah suatu usaha membina strategi untuk melakukan perubahan pendidikan yang bertujuan mengukuhkan organisasi sekolah iaitu menguatkan kapasiti guru khususnya dan warga sekolah amnya. Oleh itu, penambahbaikan itu harus berkeupayaan dalam menggerakkan secara aktif dan mengukuhkan bidang pedagogi, pengurusan, dan kepemimpinan.

 

Kedua-duanya berfokus kepada penambahbaikan secara keseluruhan dan berfokus kepada strategi. Strategi untuk penambahbaikan sekolah ialah dengan melatih guru melaksanakan semua yang dilakukan di sekolah, memberi sokongan pekerjaan dan moral kepada guru, pihak sekolah memantau dan melebarluaskan lagi peranan kepimpinan kepada para guru. Mereka harus diberi bimbingan dan membangunkan keyakinan diri  (self efficacy) mereka.

 

Alma Harris (2002) membicarakan penambahbaikan sekolah itu adalah merupakan usaha yang berkaitan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang lebih baik (dari keadaan yang sedia ada) untuk murid-murid dan untuk mereka belajar. Kemudahan sekolah yang mencukupi seperti kemudahan pusat sumber yang lengkap dan interaksi antara guru-guru dan murid-murid adalah harmoni. Di samping itu, perhubungan di antara komuniti sekolah yang berasaskan kepada penghayatan visi yang sama, nilai dan falsafah sekolah dan matlamat sekolah yang sama.

 

Penambahbaikan sekolah pada asasnya adalah pembangunan komuniti sekolah dan ‘establishing’ perhubungan-perhubungan  positif di dalam sekolah. Alma Harris juga lebih menumpukan kepada perubahan terhadap amalan-amalan yang terdapat di sekolah dan di bilik darjah. Amalan pengajaran dan pembelajaran amalan perundingan guru-guru dan murid-murid, khususnya disiplin yang menyebabkan murid-murid tidak suka datang ke sekolah. Tetapi, untuk mengubah ini sangatlah sukar kerana ia sudah menjadi habit, budaya, mereka percaya itulah sahaja caranya yang betul. Kita harus berpegang kepada prinsip bahawa sekolah boleh melakukan perubahan.

 

Hopkins, D. (2001) penambahbaikan sekolah adalah merupakan satu strategi perubahan yang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar, di samping memperkukuhkan kapasiti sekolah untuk mengurus perubahan.  Pencapaian pelajar merupakan matlamat utama penambahbaikan sekolah.

 

Konsep penambahbaikan sekolah ini ialah menitikberatkan peningkatan pencapaian murid dengan memfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan keadaan-keadaan (usaha-usaha memajukan sekolah) yang menyumbang kepada keberkesanan proses tersebut. Wang et. al. (1990) menyatakan bahawa terdapat keadaan yang merangsangkan yang mempengaruhi keberkesanan sekolah dan harus dikekalkan seperti  pengajaran yang berkesan, pengurusan bilik darjah yang cekap, perhubungan guru dan murid yang baik dan iklim pembelajaran bilik darjah yang kondusif. Di samping itu,  terdapatnya hubungan yang baik antara memajukan bilik darjah dengan kemajuan sekolah. Fokus kepada penambahbahbaikan sekolah ialah tindakan sengaja bagi penambahbaikan dan bukannya secara kebetulan dan perlu dirancang dan ditetapkan matlamat yang hendak dicapai bukan hanya dengan harapan ia akan memberi kesan kepada murid tetapi mesti ditetapkan. Ia bergantung kepada proses dan menekankan kepada faktor-faktor proses yang terlibat serta menegaskan hubungan antara proses dengan hasil.

 

Roland S.Barth (1990) dalam bukunya “Improving school from within” menjelaskan bahawa penambahbaikan sekolah adalah satu usaha bagi menentu dan menyediakan atau mewujudkan keadaan-keadaan dari luar sekolah dan juga dalam sekolah, di mana guru, staf dan murid yang berada di sekolah boleh meningkat dan mengekalkan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan mereka.

 

Peranan untuk memajukan sekolah bukan sahaja di dalam sekolah tetapi juga di luar sekolah seperti memberi sokongan, memberi approval. Ini sangat penting kerana cara kita berinteraksi dengan mereka di luar sana akan dapat menarik mereka untuk membantu kita menambahbaik sekolah. Kejayaan Dr Hussein melakukan penambahbaikan sekolahnya ialah hasil daripada sokongan yang diberi oleh orang luar memberikan keberanian kepadanya.

 

Gray, et. al. (1999) menggunakan konsep bahawa ‘an improving school’ bukanlah penambahbaikan sekolah. Sebaliknya, “An improving school is one which secures year-on-year improvements in the outcomes of successive cohorts of ‘similar’ pupils (increases effectiveness over time)” .

 

Van Velzen, et al., (1985:48) pula menyatakan bahawa “school improvement is a systematic sustained effort aimed at change in learning conditions and other related internal conditions in one or more schools, with the ultimate aim of accomplishing educational goals more effectively” . Pendekatan ini adalah daripada pihak makro. Usaha daripada beberapa buah negara di negara barat yang telah melakukan penambahbaikan sekolah adalah berdasarkan dapatan literature sekolah berkesan iaitu dalam Gelombang ke-2. Disinilah bermulanya dokumen tentang actual documentation school improvement yang direkodkan  dan didokumentasikan.

 

Perkembangan Penambahbaikan Sekolah

 

Perkembangan penambahbaikan sekolah di Malaysia bermula pada era 1980an sehingga 1990an dinamakan sebagai Gelombang Ke-2. Dalam tahun 1980an sehingga kini, berlaku perkembangan dalam konsep Sekolah berkesan dan Penambahbaikan Sekolah dan dinamakan sebagai Gelombang Ke-3. Menurut Rutter et. al. (1979) keberkesanan sekolah adalah disebabkan oleh faktor ‘ethos’  iaitu pelbagai faktor seperti penekanan kepada akademik, ganjaran dan insentif serta ‘general learning conditions’.

 

Pendekatan Penambahbaikan Sekolah

Terdapat dua pendekatan penambahbaikan sekolah iaitu :

i.          Model Tradisional -  dikenali sebagai Pengurusan Inovasi yang datang dari luar         sekolah misalnya arahan yang dating dari pihak Kementerian Pelajaran             Malaysia, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah dan lain-lain.     Pendekatan sebegini adalah kurang berjya kerana guru-guru tidak berhak      untuk berbincang tentang isu-isu tersebut. Contohnya : Pelaksanaan      Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris             (PPSMI)  di sekolah.

ii.         ‘Self-Directed Improvement Process’ – Andaian-anadaian dalam model ini   ialah :
            (i)   penglibatan sukarela staf
           (ii)  pengetua memainkan peranan penting
           (iii) kaedah review sesuai dengan penilain kendiri dan penambahbaikan   diri sekolah

           (iv) ‘review outcomes’ – proses menjalankan review tidak boleh mengganggu                   keberkesanan yang ada.

                                               
Hargreaves dan Hopkins, (1994) menegaskan bahawa kajian mengenai penambahbaikan sekolah ini mencakupi pencapaian matlamat jangka panjang ke arah visi dalam menyelesaikan masalah atau  ‘thinking school.’

Terdapat pelbagai konsep mengenai penambahbaikan sekolah bergantung kepada penulis. Hargreaves & Hopkins (1994) mendefinisikannya sebagai “… about developing strategies for educational change that strengthen the school’s organization, as well as implementing curriculum reforms.”
 
Alma Harris (2002) pula menyatakan penambahbaikan sekolah itu adalah merupakan usaha yang berkaitan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang lebih baik (dari keadaan yang sedia ada) untuk murid-murid dan untuk mereka belajar. Penambahbaikan sekolah pada asasnya adalah pembangunan komuniti sekolah dan ‘establishing’ perhubungan-perhubungan positif di dalam sekolah. Beliau lebih menumpukan perhatian kepada perubahan terhadap amalan-amalan yang terdapat di sekolah dan di dalam bilik darjah.


Hopkins, D. (2001) penambahbaikan sekolah adalah merupakan satu strategi perubahan yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar, di samping memperkukuhkan kapasiti sekolah untuk mengurus perubahan. Konsep penambahbaikan sekolah ini menitikberatkan kepada :
i.                    peningkatan pencapaian murid dengan memfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta keadaan-keadaan (usaha-usaha memajukan sekolah) yang menyumbang kepada keberkesanan proses tersebut.
ii.                  adanya hubungan antara memajukan bilik darjah dengan ‘school-wide improvement’.
iii.                fokus kepada tindakan sengaja bagi penambahbaikan
iv.                pentingkan kepada faktor-faktor proses
v.                  Menegaskan hubungan antara proses dengan outcomes (merapatkan hubungan antara penambahbaikan dengan keberkesanan sekolah)

Menurut Roland S. Barth (1990) penambahbaikan sekolah adalah satu usaha bagi menentukan dan menyediakan atau mewujudkan keadaan-keadaan dari luar sekolah dan juga dalam sekolah, di mana guru, staf dan murid yang berada di sekolah boleh meningkat dan mengekalkan pengajaran dan pembelajaran di kalangan mereka.
 
Hopkins (1996) menyatakan penambahbaikan sekolah sebagai “… general efforts to make school better places for students and [for] students to learn” .Ini bererti penambahbaikan sekolah mencakupi perubahan budaya sekolah (kualiti interpersonal dan the nature dan kualiti pengalaman-pengalaman pembelajaran murid. Pembentukan komuniti pelajar adalah sebagai satu pendekatan penambahbaikan sekolah.
 
Di sebalik pelbagai interpretasi tentang penambahbaikan sekolah, kata kunci yang dikaitkan dengan definisi penambahbaikan sekolah ialah perubahan. Ia adalah perubahan yang dirancang bagi menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar. Ia adalah komitmen sekolah untuk berubah dan mengekalkannya. Tanggungjawab bagi menggalakkan perubahan yang berterusan dan menguruskannya dengan baik bergantung kepada pengetua sesebuah sekolah itu. Matlamat utama perancangan penambahbaikan sekolah ialah untuk meningkatkan kemajuan,  pencapaian dan perkembangan pelajar.


Idea Perubahan Dalam Kontek Penambahbaikan Sekolah
 
Persoalan penting yang perlu difikirkan - adakah perubahan membawa kepada penambahbaikan sekolah? Perubahan dalam penambahbaikan sekolah merupakan sebarang pindaan dalam keadaan pembelajaran atau keadaan dalaman sesebuah sekolah. Menurut Hopkins (1987), keadaan pembelajaran merujuk kepada aktiviti-aktiviti sekolah yang dilakukan oleh guru ke arah mencapai matlamat sekolah. Keadaan dalaman pula merujuk kepada sebarang aspek berkaitan sekolah mengenai keadaan pembelajaran pelajar. Maka,  sekolah yang bertambah baik, melakukan sesuatu perubahan bukanlah sekadar menggunakan amalan-amalan baru tetapi melaksanakan amalan tersebut dengan terancang dan diurus dengan baik.


 Terdapat dua perbezaan bentuk perubahan. Ia sangat penting membezakan antara perubahan secara beransur-ansur dan perubahan yang dirancang. Ia bukan sesuatu yang berlaku dalam tempoh yang singkat, sebaliknya merupakan satu proses yang  mengambil masa  dan memerlukan komitmen dan keazaman. Andaian yang dapat difahami ialah ‘incremental change’ merupakan satu transisi atau peralihan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Manakala perubahan yang terancang ialah perkembangan semulajadi tentang sesuatu perkara, berubah membentuk sesuatu keadaan baru. Perubahan itu boleh berlaku secara luaran atau pun dalaman. Perubahan dalaman sama ada di peringkat individu mahu pun peringkat sistem dilihat sebagai sesuatu yang semulajadi atau organik. Perubahan luaran adalah  agak sukar untuk diterima pakai. Pengetua perlu menghabiskan masa bersama guru-guru bagi menjelaskan panduan ke arah penambahbaikan dan memberi sokongan berterusan.
 
Berdasarkan teori, konsep perubahan itu merupakan sesuatu perkara yang kompleks. Kajian literatur penambahbaikan sekolah menekankan bahawa pengetua sentiasa tercabar untuk melakukan perubahan. Pengetua perlu memahami penambahbaikan sekolah yang berkesan bergantung kepada pemahaman tentang masalah perubahan di peringkat amalan dan tahu menggunakan strategi bagi membentuk ‘reformasi’ sekolah ke arah kebaikan.


Joyce (1991) menggunakan perbandingan perubahan sebagai pintu-pintu bagi menerangkan pelbagai pendekatan ke arah perubahan. Sebahagian dari pintu tersebut boleh dibuka dari luar dan dalam. Contoh pendekatan perubahan dalaman adalah seperti menggalakkan guru menilai atau membuat refleksi pengajaran mereka sendiri. Perubahan yang dialami guru dan peningkatan pencapaian pelajar akan secara tidak langsung menyumbang kepada penambahbaikan sekolah. Perubahan mestilah memberi makna kepada guru itu sendiri. Manakala pendekatan perubahan luaran adalah melalui pemantauan pihak pentadbir yang memberi penekanan terhadap penambahbaikan secara keseluruhan. Fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran haruslah menjadi nadi utama penambahbaikan sekolah tanpa mengira sama ada menggunakan pendekatan luaran atau pun dalaman.

 
Menurut Wang et al., (1990) kerangka konseptual faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran terbahagi kepada enam kategori iaitu pertama pembolehubah negeri dan daerah berkaitan dengan polisi pentadbiran di peringkat negeri dan daerah. Kedua, pembolehubah luar sekolah yang berkaitan dengan rumah dan komuniti yang mempunyai hubungan dengan sekolah. Hubungan baik dengan pembolehubah-pembolehubah ini akan menyumbang kepada penambahbaikan sekolah. Ketiga, pembolehubah peringkat sekolah merangkumi latar belakang sekolah, budaya dan iklim sekolah serta polisi dan amalan-amalan di sekolah. Keempat, pembolehubah pelajar berkaitan diri pelajar termasuk latar belakang keluarga, latar belakang pendidikan dan personaliti pelajar. Kelima, pembolehubah reka bentuk program yang berkaitan dengan pengajaran dan kaedah penyampaian pengajaran. Keenam, pembolehubah pelaksanaan, pengajaran di bilik darjah dan iklim sekolah yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum dan program pengajaran.
Dapatan dari tinjauan literatur tersebut merumuskan bahaw terdapat enam faktor penting yang mempengaruhi pembelajaran iaitu metakognitif, pengurusan bilik darjah, bilangan pengajaran, interaksi sosial guru dan pelajar, iklim bilik darjah dan pengaruh rakan sebaya.


 Penambahbaikan sekolah merangkumi pelbagai fungsi dan tahap. Terdapat lima fungsi iaitu Fungsi Teknikal atau Ekonomi, Fungsi Kemanusiaan atau Sosial, Fungsi Politik, Fungsi Kebudayaan dan Fungsi Pendidikan yang setiap terlibat untuk pelbagai tahap merangkumi tahap individu (pelajar dan guru), sekolah, komuniti, masyarakat dan antarabangsa (Cheng, 1991). Setiap komponen mempunyai peranan dan memberi kesan terhadap penambahbaikan sekolah.
 
Fasa Perubahan Penambahbaikan Sekolah


 Terdapat tiga fasa yang menjadi instrumen perubahan sekolah ke arah penambahbaikan sekolah iaitu fasa perancangan (permulaan), fasa pelaksanaan dan fasa pembudayaan. Di dalam fasa perancangan, ia bermula dari keputusan untuk melakukan perubahan yang bergantung kepada keperluan, praktikaliti, kejelasan dan kekompleksitian perubahan itu. Kesediaan guru untuk melakukan perubahan pada fasa ini sangat penting untuk mengelakan penentangan daripada guru. Hopkins (1994) menyatakan ada beberapa faktor yang mempengaruhi sama ada perubahan boleh bermula. Ia termasuk wujudnya akses kepada inovasi yang ingin dijalankan, tekanan dari luar dan dalam sekolah, kemudahan mendapat sumber, sokongan pengurusan dan kualiti organisasi itu sendiri. Penyertaan secara langsung dari pengetua menggambarkan bahawa perubahan itu perlu diberi perhatian serius oleh para guru.
 
Fasa kedua ialah  pelaksanaan perubaan. Ia melibatkan kemahiran, pemahaman dan tanggungjawab pihak yang terlibat. Sebagai contoh, pengetua mungkin perlu meyediakan latihan sewajarnya kepada para guru berhubung dengan perubahan yang dikehendaki. Perkara utama yang perlu ditekan pada fasa ini ialah melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang, membina dan mengekalkan komitmen guru, memeriksa perkembangan dan mengatasi sebarang masalah yang timbul. Miles (1986) mengenal berkualiti seperti yang dikehendaki oleh syarikat-syarikat luar yang membuat pelaburan. 


 Perbelanjaan pendidikan di Malaysia terus meningkat setiap tahun sejak merdeka.  Kerajaan membelanjakan 8% hingga 30% dari jumlah keseluruhan perbelanjaan negara untuk pendidikan.  Aliran perbelanjaan pendidikan terus meningkat dan tidak dikurangkan walaupun negara mengalami kemerosotan ekonomi pada tahun 1998.  Pendidikan berperanan untuk mengimbangi sosio-ekonomi antara kaum, membekalkan guna tenaga profesional dan separuh profesional serta melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan bermoral tinggi. Di peringkat sekolah, banyak program telah dijalankan bagi penambahbaikan sekolah antaranya adalah PPSMI bagi melahirkan pelajar berkualiti tingi. Pendidikan dapat memberikan faedah langsung kepada individu dan masyarakat, meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi, membasmi buta huruf, meningkatkan pendapatan pekerja dan pengetahuan rakyat.

Pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan perubahan seperti masing-masing mempunyai tanggungjawab yang jelas ke arah perubahan, kawalan bersama terhadap pelaksanaan, gabungan tekanan dan sokongan, mengekalkan perkembangan staf dan pengiktirafan terhadap kerja guru.



 Fasa ketiga ialah pembudayaan atau menginstitusikan perubahan yang dipilih. Ia menjelaskan sama ada perubahan berlaku secara berterusan atau sebalikna. Perubahan akan dilihat bukan lagi sebagai sesuatu yang baru tetapi telah menjadi sebahagian dari sekolah. Namun perkara ini bukan berlaku secara automatik. Bagi memastikan pembudayaan berlaku, harus ada penekanan bahawa perubahan berlaku mengikut struktur sekolah, mengelakan persaingan atau pertentangan amalan dan seterusnya menggalakan cara baru melakukan sesuatu kerja. Ini akan memastikan perubahan menjadi sesuatu yang kekal dan diterima oleh semua warga sekolah. Di dalam semua keadaan, pengetua dilihat sebagai agen perubahan, komited terhadap perubahan dan memainkan peranan aktif di ketiga-tiga fasa, maka perubahan ke arah penambahbaikan sekolah boleh direalisasikan.


Dari aspek yang lain, perkara terpenting untuk menarik pelaburan asing bukanlah kerana sesebuah negara itu mempunyai golongan elit atau rakyat terpelajar. Faktor yang utama ialah golongan pekerja khususnya yang mempunyai tahap literasi yang tinggi, budaya kerja yang positif dan potensi mendapatkan pengetahuan bagi membentuk kemahiran-kemahiran baru. Pengaruh ketiga-tiga elemen ini sangat ketara kerana pekerja yang berupaya menerapkan budaya ilmu dan mahir dalam bidangnya adalah mereka yang akan menghasilkan produk.