Cari Blog Ini
Jumaat, 19 April 2013
Jumaat, 29 Mac 2013
Rol Pengetua Dalam Penambahbaikan Sekolah
Artikel kali ini akan mengupas berkaitan rol atau peranan pengetua dalam penambahbaikan sekolah.
Sebelum ini telah dibincangkan secara panjang lebar berkaitan gerakan penambaikan sekolah. Dari perbicangan tersebut fahamlah kita bahawa kedudukan sebenar kita berada. Justeru penulis mengajak semua pembaca meneliti beberapa tip yang bakal diguna pakai oleh pengetua dalam melaksanakan peranannya sebagai penambahbaik kepada institusi di bawah tanggungjawabnya.
Jenis Rol
- Menjana perubahan
- Menyokong
- Pasif / Tidak aktif dan membiarkan perubahan itu dilaksanakan oleh guru-guru
Antara Rol Yang dikenalpasti
- Pemimpin
- Pengurus
- Delegator
- Suppoter
- Penghubung antara sekolah / agensi luar
- Pengusaha sumber
- Dll
Peringkat Pelaksanaan Cara Kepemimpinan
Hendak mula - Perbincangan
Bermula - beri sokongan / bantuan
Perlaksanaan / sedang berjalan (transformasi) - beri galakan
Rutin - kawalan dari jauh
Jwaideh (1984)
Kepemimpinan pengetua bagi memperbaiki dan penambahbaikan
- Tetapkan matlamat
- Kumpul data .... dan berbincang
- Baiki komunikasi
- Mengurus motivasi
- Memupuk dan mengembangkan kreativiti guru
- Baiki motivasi
- Memupuk dan mengembangkan kreativiti guru
- Mengadakan program pembangunan staf
- Libatkan dalam buat keputusan
- Tingkatkan lagi kerjasama dan kejelikitan
- Mewujudkan rangkaian dan rantaian sekolah - ibu-bapa
- lakukan inovasi
- Jika datang dari atas libatkan guru dalam perancangan dalam perlaksanaan
- Sedia / bekalkan sumber
- Maklum balas kepada warga sekolah mengenai kesan program penambahbaikan
- Bantu dan bimbing guru
- Libatkan mereka dalam penilaian program
- Pemimpin yang lebih cenderung untuk merubah budaya organisasi yang ada.
- Pemimpin yang cuba mempengaruhi para pengikut melalui inspirasi yang diberi kepada mereka.
- pemimpin yang lebih cenderung mengamalkan usaha gigih, kreativiti dan produktiviti dalam jangka panjang.
- Karisma yang tinggi
- Meransang intelek
- Motivasi berinspirasi
- Bertimbang rasa secara individu
Harris (2005) :
- Pembangunan kapasiti sekolah untuk penambahbaikan
- Membangun budaya sekolah dan promoting culture behaviors yang menyumbang secara terus kepada penambahbaikan :
- gelagat yang membangun norma, nilai, pegangan organisasi dan andaian-andaian yang berpusatkan.
- pelajar dan yang menyokong perkembangan profesional berterusan.
- pengukuhan nilai kecemerlangan
2. Mengutamakan perubahan amalan dan bukan struktur [organisasi].
3. Develop expanded repertoire of leadership & shared leadership and collective commitment. (Kerjasama)
4. Menjana keadaan dan membina iklim supaya penambahbaikan dapat dilakukan, dikekalkan dan diteruskan. [kapasiti]
5. Membentuk komuniti dan membina organisasi pembelajaran. [Learning Organisation].
- Mempastikan wujudnya persekitaran pembelajaran untuk staf dan murid.
- Perkembangan staf bagi pengembangan kreativiti dan inovasi.
- Membina collective self-efficacy yang menjana produktiviti tinggi
- Membangun kapasiti melalui "working succesfully with people, developing and involving others".
- mempunyai sifat-sifat empati, trust, kredibility, berani, jujur dan adil ...
Kata Hargreaves & Hopkins (1991), kajian-kajian penambahbaikan sekolah lebih cenderong
Cheng
Khamis, 28 Mac 2013
Perbincangan Penambahbaikan Sekolah
Anda telah dilantik sebagai pengetua di sebuah MRSM yang dianggap sebagai MRSM yang bermasalah. Anda diarahkan untuk menyediakan kertas cadangan kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA, tentang apakah perancangan anda dalam membangunkan MRSM ini menjadi MRSM berkesan melalui pembentukan visi dan misi Maktab Rendah Sains MARA yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat dan misi MRSM/MARA. Rancang dan huraikan dengan jelas bagaimana anda dapat membantu MRSM tersebut menjadi MRSM berkesan di peringkat daerah, negeri mahupun negara.
Sabtu, 23 Mac 2013
Menjadi Pengetua yang Berkesan
Pengenalan
Menurut Dr. Fatanah Bt Mohamed (Pensyarah IKP. UM) pengetua berkesan adalah pengetua yang memiliki ciri-ciri berikut :
Pengetua adalah penentu keseluruhan suasana atau semangat sebuah sekolah. Pengetua perlu berusaha menjadikan suasana sekolah sebagai tempat yang ingin didatangani oleh semua orang. Di samping itu, pengetua perlu berusaha menjadikan sekolahnya sebagai pusat pembelajaran yang lebih baik dan lebih 'kaya' daripada aspek sumber pembelajaran kepada pelajar, kakitangan, guru, ibu-bapa, masyarakat keliling, dan pengetua sendiri.
Sergiovani (1995) melaporkan kajian perbandingan yang dijalankan oleh Gilbert Austin kepada sekolah berpencapaian tinggi dengan sekolah berpencapaian rendah di Maryland mendapati satu perbezaan paling ketara antara dua kumpulan sekolah itu adalah kekuatan yang ada pengetua. Di sekolah berpencapaian tinggi, para pengetuanya mempamerkan kepimpinan yang unggul (strong leadership), kerap kali mengambil bahagian secara langsung dalam hal berkaitan pengajaran, mempunyai jangkaan yang tinggi kepada kejayaan, dan lebih berorientasikan pencapaian akademik.
Kajian-kajian lain juga mendapati kualiti persekolahan sangat dipengaruhi oleh kepimpinan terus daripada pengetua. Tidak dinafikan peranan pemimpin-pemimpin lain di sekolah turut mempengaruhi kepimpinan. Kepemimpinan pengetua memainkan peranan utama dalam mengembleng tenaga daripada pemimpin-pemimpin lain. Pengetua perlu memainkan peranannya membantu guru, pelajar, dan kakitangan berfungsi dengan baik serta membina daya kepemimpinan di kalangan orang yang dipimpinnya kerana pengetua adalah pemimpin kepada pemimpin yang lain.
- Memiliki kualiti berinisiatif dan visi yang jelas
- Fokus pada pelajar
- Amanah Allah / Tuhan
- Muhasabah diri
- Memiliki maruah diri
- Fokus pada kurikulum
- Kemahiran menangani pelbagai masalah
Menjadi pengetua berkesan tidak semudah memetik jari. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan sebuah sekolah. Sekolah terdiri daripada pelbagai jenis individu bermula daripada barisan pimpinan, guru-guru, staf sokongan, dan para pelajar. Keberkesanan pengajaran dipengaruhi oleh guru, dan pelbagai faktor termasuk masyarakat, ibu-bapa, media massa, politik, sosial, ekonomi, dan pelbagai lagi. Tidak dapat dinafikan perbezaan prestasi antara sebuah sekolah dengan yang lain sebahagian besarnya bergantung kepada siapa pengetua sekolah berkenaan dan sejauh mana pengetua itu dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan.
Sabtu, 9 Mac 2013
Bagaimana Pengetua Memimpin Guru-Guru Tanpa Menggunakan Kuasa Dan Kedudukan ?
Bagi menjawab persoalan ini penulis cuba mengaitkan hubungan di antara seorang bapa dan keluarga yang dipimpinnya. Tidak dinafikan bahawa ketertiban anak dalam mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh seorang bapa adalah bergantung sejauh mana kepercayaan dan hormat anak-anak kepada ibu-bapa mereka. Sudah tentu bapa dan ibu yang dipatuhi memiliki ciri-ciri istimewa berbanding ibu-bapa yang kerap dicemuh, ditengking, diderhakai oleh anak-anak. Begitu juga keadaannya pengetua dan guru-guru di bawah jagaannya. Secara jujur saya nyatakan jika ditanya siapakah pengetua yang saya sukai ? saya akan menjawab pengetua yang saya sayangi dan saya patuhi adalah mereka yang memiliki ciri-ciri berikut ;
1. Pengetua yang beriman
2. Pengetua yang mempunyai wawasan hidup dan kerja yang jelas
3. Banyak membimbing berbanding mengarah
4. Boleh bertoleransi
5. Membantu dalam setiap perkara (organisasi mahupun keluarga)
6. Seorang yang istiqamah
7. Pemaaf
8. Penyabar
9. Profesional dalam setiap urusan
Hemphil et al. (1962) menggambarkan pengetua yang berkesan sebagai seorang yang bekerja keras dan sentiasa berhubung dengan guru. Dengan kata lain pengetua mampu untuk tidak menggunakan kuasa dalam memastikan setiap guru menjalankan tugas mereka secara tertib dan berkesan. Sehubungan itu kepemimpinan pengajaran pengetua (instructional leadership) dilihat sebagai salah satu bentuk kepemimpinan yang ideal dalam memastikan perkara ini berlaku.
Dalam hal ini Gross dan Herriott (1965) melaporkan bahawa pengetua yang berkesan ialah pengetua yang memberi lebih galakan dan sokongan kepada staf, daripada memberi arahan, serta mengutamakan kepemimpinan yang berkesan.
Kepemimpinan yang dimaksudkan penulis adalah proses “membimbing lebih daripada mengarah”. Dengan kata lain kepemimpinan yang dituntut bukan sekadar hanya untuk memastikan mereka bekerja dan memenuhi objektif organisasi bahkan lebih daripada itu juga memenuhi objektif agama serta membuka dimensi baru iaitu perkaitannya dengan agama Allah. Dalam hal ini pengetua bukan sahaja memimpin orang bawahannya untuk mencapai matlamat organisasi, tetapi ke arah kewujudan mereka sebagai insan dan khalifah Allah. Dalam hal ini pengetua harus berani menekankan konsep kepimpinan berasaskan pembinaan ihsan. Ia bermaksud pengetua membimbing ahli-ahlinya melakukan suatu pekerjaan berasaskan kebajikan dan keikhlasan kepada Allah semata-mata.
Imam Nawawi memberi maksud ihsan ialah kewaspadaan dalam melakukan perkara kerana Allah. Allah melihat perbuatan setiap hambanya (al-Nawawi, 1966; Mustafa Abdul Rahman, 1988).
Nor’Azzah Kamri (2006:92) memecahkan ihsan kepada tiga definisi yang saling berkaitan, iaitu :
· Ihsan bermaksud perbuatan yang betul, tingkah laku yang baik, ada nilai kebajikan dan ikhlas
· Ihsan ialah melakukan perkara bagi mendekatkan diri kepada tuhan dan timbul perasaan takut melakukan perkara yang menyimpang dari ajaran Islam kerana berasa diri diperhatikan oleh tuhan.
· Ihsan ialah melakukan perkara dengan cara yang terbaik dengan berusaha gigih bagi mencapai kecemerlangan.
Program-program nasihat menasihati untuk tujuan memperingatkan tanggungjawab di sekolah perlu disemai setiap masa dengan cara memperkasakan program kegamaan dan kerohanian seperti majlis ilmu, solat berjemaah, tazkirah, perkongsian pintar al-Quran, solat dhuha, serta mewujudkan “Iklim Dini” di sekolah dilihat dapat mengukuhkan lagi budaya kerja cemerlang. Penulis berkeyakinan dengan cenderongnya pengetua ke arah keagamaan banyak mendatangkan hasil yang baik kepada komuniti sekolah. Ia disokong dengan pencapaian akademik SPM tahun 2010, di mana MRSM Pengkalan Chepa menjadi sekolah terbaik SPM se-Malaysia. Hal ini dibuktikan dengan komitmen pengetua ketika itu Hj. Mahzan (Pengarah BPM) dalam merealisasikan kecemerlangan secara bersepadu iaitu kerohanian dan keagamaan menjadi tonggak utama kecemerlangan pelajar.
Sehubungan dengan itu pengetua sebagai qudwah (kepimpinan melalui teladan), menganggap kerja sebagai ibadah mesti menjadi teras kepada kepemimpinan. Melalui pendekatan ini pengetua dilihat sebagai pakar rujuk yang sentiasa diikuti dan dihormati. Di antara tugas pengetua yang dilihat signifikan secara tidak langsung dalam memastikan perjalanan sesebuah berjalan dengan lancar dan diikuti oleh semua warga sekolah adalah menetapkan perkara-perkara berikut :
1. Menetapkan falsafah sekolah
2. Membentuk wawasan sekolah
3. Menetapkan matlamat sekolah dan objektif program
4. Merangka dan membentuk dan prosedur sekolah
5. Member sokongan terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
6. Mengawal mutu pengajaran
7. Perkembangan staf dan
8. Memberi kerjasama kepada pihak luar
Selain itu juga kecekapan pengetua iaitu penguasaan ilmu pengetahuan, sikap positif dan kemahiran perlu dimiliki secukupnya oleh pengetua. Seperti dikemukakan oleh Abbot (1974), seseorang individu itu tidak dapat melaksanakan sesuatu tugasan dengan berkesan sekiranya dia tidak mempunyai pengetahuan dan konsep menyeluruh berhubung dengan dengan tugasan tersebut. Kecekapan pengetua yang diikuti dapat dilihat melalui kemampuannya ;
· Menetapkan wawasan sekolah
“Vision permits a leader to see beyond his or her immediate situation, to comprehend why things must be done in a certain way. Vision enables a leader to make decisions about how best to spend time, not just rancomly to be proactive rather than reactive”. (Duke : 1987)
· Kurikulum dan pengajaran
Kepemimpinan pengajaran merupakan peranan utama pengetua. (Green (1988) menegaskan bahawa, sebagai pemimpin pengajaran, pengetua sekolah harus sentiasa sedar tentang tanggungjawab dan tugas yang dapat membantunya mencapai matlamat sekolah. Antaranya ialah :
a) Menjalankan tindakan yang sesuai bagi membantu guru meningkatkan pengajaran mereka ;
b) Memperbaiki proses komunikasi dan membuat keputusan ; dan
c) Membantu sebarang usaha bagi mencapai matlamat (bersama) sekolah.
· Kemahiran pengurusan
Untuk memajukan prestasi sekolah Snyder (1983) menyarankan bahawa seseorang pengetua perlu berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pengurusan. Antara pengetua mesti mahir dalam ;
a) Perancangan
b) Kemahiran membuat keputusan
c) Kemahiran menyelesaikan masalah
d) Memotivasi stafmendiagnosis fungsi kumpulan
e) Mengumpul maklumat dalam dan luar sekolah
f) Mengelola dan mengkoordinasi
· Hubungan manusia dan komunikasi (Hablum Minan Nas)
Memiliki kecekapan dan kemahiran berikut ;
i. Komunikasi Interpersonal
ii. Inovator dan instructional modeler
· Sikap
Mempercayai setiap manusia boleh belajar dan diajar.
Pengetua yang dihormati dan disegani antara lain ialah mereka yang mengamalkan kepimpinan seperti berikut :
1. Pemimpin khadam
Menganggap jawatan sebagai pengetua sebagai peluang untuk berkhidmat. Dalam hal ini kata-kata khalifah kedua, Umar ibnu Alkhattab dapat dijadikan panduan.
“Aku telah dilantik mengetahu kamu, sebagai pemerintah dan agen kerajaan, bukan untuk memukul kamu atau mengutip wang kamu, tetapi mengajar kamu dan berkhidmat kepadamu”
2. Pemimpin sebagai pemandu
Peranan pengetua adalah membimbing pengikutnya ke arah memahami visi organisasi dan bagaimana mereka dapat mencapai objektif demi kejayaan dalam menunaikan tanggungjawab mereka dengan cara terbaik. Sebagai pengetua seharusnya sentiasa memikirkan bagaimana dapat memimpin dan memandu mereka ke arah menjadi guru yang profesional atau membangunkan mereka sebagai pemimpin.
3. Pemimpin berpengaruh
Pengetua yang berpengaruh di kalangan pengikut adalah pemimpin yang dihormati. Justeru itu pemimpin yang membawa perubahan ke arah yang betul dan lebih baik adalah pengetua yang berkesan. Kepimpinan ini juga dikenali sebagai kepimpinan transformasi.
4. Pemimpin yang mendidik
Pengetua yang berkesan adalah seorang pemimpin yang mementingkan peningkatan potensi dirinya dan ahli-ahli di bawah organisasinya yang dipimpinnya. Ini termasuklah mempertingkatkan spiritual, akademik, intelek, psikologi, sosial dan profesional.
Nabi Muhammad mengajar sahabatnya dengan pelbagai cara, terutamanya apabila seorang diberi kedudukan melibatkan kepemimpinan. Dilaporkan apabila Nabi Muhammad melantik Ali bin Abi Talib sebagai hakim di Yaman, beliau amat bimbang kerana beliau tiada pengalaman dalam bidang itu, berkaitan insiden ini, Ali berkata, wahai Rasulullah, saya hanya orang muda, bagaimanakah kamu menghantar saya kepada orang-orang jauh lebih tua daripada saya ? Rasulullah mendoakan saya dan berkata, sekiranya dua orang yang bermusuhan datang kepada kamu (bagi mendapat) penghakiman yang adil), dan kamu mendengar aduan seorang daripadanya, jangan membuat keputusan atau menghakim sehingga kamu mendengar daripada yang satu lagi, kerana ini yang boleh membuatkan kamu membuat keputusan (al-Baihaqi n.d., Vol.10, kitab A’dab al-Qadi, h. 86).
Jelas sekali Nabi mengajar sayidina Ali undang-undang pertama dan terpenting dalam amalan penghakiman. Sayugianya para pengetua dan pemimpin sekolah mencontohi contoh-contoh itu, dan melatih ahli-ahlinya menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Melalui cara yang dibincangkan di atas penulis yakin pengetua di sekolah mampu untuk memimpin guru-guru di sekolah tanpa menggunakan kuasa dan pengaruh. Bahkan dengan cara yang ditunjukkan ahli-ahlinya lebih yakin dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan mereka lebih profesional dalam bidang masing-masing. Inilah yang dibincangkan oleh literature Barat, dikenali sebagai kepemimpinan transformasional, yang mula-mula diperkenalkan oleh Burns (1978), diperkukuhkan oleh Bass (1985), Bass dan Avalio (1994) dan diaplikasikan kepada kepimpinan sekolah oleh Leithwood (1994)
Selain itu juga gaya kepemimpinan pengetua memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan sekolah, antaranya pengetua disyorkan mengamalkan gaya kepemimpinan yang disyorkan Islam iaitu :
· Kerakanan (brotherhood)
· Kolaboratif
· Musyawarah atau rundingan (consultative)
· Suportif
Sehubungan dengan itu juga di samping pemimpin sekolah mengamalkan corak dan kepimpinan yang baik penulis juga berpendapat guru-guru perlu melaksanakan tugas mereka dengan baik dan profesional dengan melaksanakan peranan guru sebagai ;
Ø Mudarris
Ø Muaddib
Ø Murabbi
Ø Mursyid
Ø Mua’llim
Berdasarkan kerangka konsep 5 mim yang digariskan oleh Ab. Halim et. Al.(2006), 5 mim yang dimaksudkan adalah merujuk kepada peranan pengetua dan guru sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Lima peranan tersebut dihuraikan seperti mana berikut :
Mudarris
Ia dinilai daripada lima aspek utama, iaitu ciri-ciri peribadi yang dimiliki, kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan, kejayaan mewujudkan iklim dan personaliti bilik darjah yang baik, mempunyai kepakaran serta mempunyai kecekapan dan kemampuan membuat keputusan profesional.
Mu’addib
Merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak mulia, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri para pelajar. Proses ta’dib ini bersumberkan wahyu Allah SWT. Manakala nilai ta’dib yang cuba diterapkan dalam diri para pelajar adalah bersifat mutlak, muktamad, kekal abadi dan suci, serta diasaskan kepada keimanan yang kukuh kepada Allah SWT.
Murabbi
Ia merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk menjaga, membesarkan, mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang dilalui oleh pelajar. Guru berperanan merealisasikan pembentukan dan pembangunan para pelajar dari aspek (rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial) agar dapat melahirkan insan soleh yang berakhlak mulia menurut kaca mata Islam.
Mursyid
Ia dirujuk kepada aspek kepimpinan guru dalam bilik darjah untuk menjaga, menasihati, mengarah membimbing dan memberi petunjuk kepada para pelajar ke arah pembentukan dan pembangunan diri sebagai insan soleh. Konsep irsyad dalam tulisan ini memfokuskan konsep kepemimpinan Rasulullah SAW dalam proses mendidik dan membimbing para sahabat.
Mu’allim
Konsep ini merujuk kepada peranan guru untuk memberitahu, mengajar, memindah dan menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para pelajar sama ada melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang dirancang. Proses ta’lim juga merangkumi adab berilmu yang akan mencorak dan mewarnai pembentukan dan pembangunan diri para pelajar sebagai insan soleh.
Sekian sahaja sedikit pandangan daripada penulis berkaitan isu di atas.
Langgan:
Catatan (Atom)


